Friday, 30 January 2009

  • Main sejuk best!


    Eh, betul ke?
    Main sejuk datang untuk matahari pecah tahun ni?

    Ye ke?

    Boleh percaya ke?
    6 Februari jauh lagi tu - nak tunggu barisan persembahan lengkap daripada pihak penganjur.

    Jahanam jugalah konsert nenas kerana melewat-lewatkan pengumuman tersebut. Temph harga burung awal cuma untuk beberapa hari sahaja lagi, mana sempat nak tunggu 6 Februari?

    Muahahaha. Cakap aje lebih, macamlah nak pergi. Lagipun, bajet konsert awal tahun akan dilaburkan ke konsert si gadis payung.

    Hujung minggu datang lagi. Hari Isnin ni ke ofis, pastinya parah kerana seminggu cuti. Sekarang pun dah terasa malas yak amat! Hari-hari bangun tidur pukul 2pm tidur pukul 4 am. Macamana nak dapatkan tempo semula?

    Dilema pokok pisang lah!

    Oh, dan pasal coretan sebelum ini, ternyatalah aku ni paranoid!








Comments (1)

  • udjinn

    siap dgn jason mraz lagi early next month.. cnofirm pokai.

    tiket sunburst tu beli je dulu while early birds prices stil avaiable. should be a decent lineup if last year's anything to go by.

  • Choose Identity

  • Give eProps (?)

  • New! You can now edit your comments for 15 minutes after submitting.

About this Entry

Who recommended?

Who gave the eProps?

2 eProps from: